Wednesday, June 27, 2007

Yang Menggembirakan

Yang menggembirakan...

Alhamdulillah, saya sempat menghantar beberapa karya ke majalah . Sebetulnya saya bukanlah pandai sangat menulis, masih baru-baru belajar dan saya mencuba-cuba sahaja. Saya pertama kali menulis artikel pada tahun 2000, masa tu saya menulis untuk terbitan buletin matrikulasi. Saya kebosanan bersendirian di ruang menunggu 'Jabatan Ortopedik' Hospital Kuala Pilah lalu saya membaca basmalah dan menulis suatu artikel yang saya tak sangka diterima oleh pihak editorial. Tajuknya datang terlintas spontan, " Visi tajdid". Saya tidak berniat apa-apa melainkan hanya untuk meninggalkan satu 'tandatangan' sahaja di buletin itu. Artikwl itu saya tulis dalam masa beberapa minit, mungkin 20 minit... seusai siap, saya dipanggal untuk berjumpa dengan doktor.

Pada masa itu, mereka memeriksa saya dengan teliti. Memeriksa di bahagian sendipergelangan tangan saya yang selalu bermasalah, siku, jari-jari membengkak dan beberapa bahagian lainnya. Mereka suspect saya ada' reumatoid Arthritis'... saya tenang menerima segala kemungkinan. Apa yang lebih penting bagi saya adalah doktor pakar itu boleh mendetect penyakit sebenar. Sehingga beberapa kali sterusnya saya datang dari jauh, dari koleh saya di daerah serting, dekat dengan bahau.. saya naik bas bersendirian kerana tidak mahu mencuri waktu sahabat-sahabat saya belajar. Dengan agak susah payah dan dalam keselamatan yang tidak terjamin saya berulang-alik ke sana. Darah saya diambil berbotol-botol, ujian demi ujian dijalankan.. akhirnya keputusannya.. mereka tidak dapat mengesan penyakit sebenar.. mungkin saya tiada penyakit.. mungkin sendi yang selalu mudah lari dari ruas sebenarnya itu hanya saja-saja, mahu main sorok-sorok dengan saya.. mungkin?

Kemudian, saya berhenti langsung dari menulis. Tidak terfikir untuk menulis sehingga saya berkawanan dengan seorang bakal penulis hebat, naimSOCHEUSM saya rasa teruja untuk mengikut. Biarlah saya lambat sedikit tidak mengapa, saya boleh bersabar menekuni dan saya akan speed suatu hari nanti. Terima kasih sahabatku!

Dalam masa itu( mungkin setahun) , saya hanya mampu menghasilkan satu karya sahaja yang telah diteritkan oleh Dewan Kosmik pada Januari 2005. Tulisannya agak bercelaru berpadananlah artikel itu merupakan tulisan saya kedua, sekaligus tlisan pertama yang pernah tersiar di majalah nasional. Bila saya baca sendiri, saya rasa malu.. bahasanya terlalu tidak smooth.tapi tidak mengapa , saya harus berani, berani gagal untuk berjaya. Saya perlu belajar dari pengalaman.

Peperiksaan, ujian dan tekanan belajar dan kerjaya datang silih berganti menyebabkan saya tidak sempat berkarya. Saya hanya menyimpan angan-angan suatu hari nanti saya akan meneruskan lagi. Alhamdulillah, setelah saya meletak jawatan sebegai SUK Dewan Muslimat PAS dan berpindah mengikut suami ke negeri orang, di sini saya banyak masa untuk menulis. Saya kembali menulis dan ia sudah menjadi sahabat saya, saya mula serius sejak bulan Julai 2006. Sehingga sekarang, 4 bulan sudah berlalu.. Saya belajar menulis karya non-kreatif dan kreatif. Setakat ini sudah 10 buah artikel yang saya tulis diterima oleh editor. Ada yang sudah diterbitkan dan 2-3 buah lain akan diterbitkan pada bulan yang menyusul.

Saya masih baru, masih jauh jalanan saya, masih barganda usaha perlu saya lakukan. Saya memerlukan sokongan, komen, dan eguran dai sahabat-sahabat saya. Tegurlah saya jika saya silap.. saya ingin merealisasikan impian saya.. YA.. SAYA ADA SEBUAH IMPIAN !!

Insya Allah saya akan kongsikan bersama-sama. Tapi kalau nak UmMPPhhhh!! lagi dapatkanlah majalah itu. Karya terbaru saya ada dalam Dewan Agama dan Falsafah November'o6.

No comments: