Sunday, November 09, 2008

BERANI MATI





Gambar-gambar suspens jurugambar berani mati ini saya ambil daripada blog fototeacher pagi ni. Menurut keterangan yang diberikan, gambar ini dirakam oleh Hans Van De Vorst dari Netherlands.

Inilah kerja-kerja berani seorang jurugambar yang sedang merakam gambar matahari terbenam di Grand Canyon. Setelah selesai merakam gambar, dia dengan selambanya membuat lompatan maut di atas jurang yang sangat tinggi itu. Yang menariknya, dia hanya memakai selipar sambil memegang kamera, tripod dan beg plastik. Kedalaman jurang tersebut adalah kira-kira 3,000 kaki!Link

No comments: