Thursday, November 13, 2008

Pinggan melamine versus pinggan kaca

Petang kelmarin, saya sibuk menyusun set pinggan-mangkuk-cawan yang 'baharu' di rak. Adalah satu dozen suami saya kaut pinggan mangkuk kaca mak dia bawak ke Terengganu ni..

Rumah kami takde kabinet yang besar-besar untuk menampung pinggan yang banyak, saya pun mencelah, "Cukup dah tu, Mama.. Tak de tempat dah nak letak,"

Pinggan-pinggan yang kat dapur tu masih baru lagi. Tetapi semenjak kes keracunan melamine, mertua saya naik runsing pula memakai set melamine buat makan anak-beranak. Selalu pula dia bertanya itu ini tentang barangan-barangan kat dapur. Suamilah yang selalu terangkan, " Ha, tengok kat tapak plastik ni. Oh polypropylene. Bahaya nih. " "Tapi dia tulis microwave save," Mama menjawab. " Mana boleh, polypropylene ni petroleum. Semua barangan plastik dibuat daripada petroleum. Nuh kilang dia ada kat Gebeng, Abe Long dah pergi. Dah panjat pun tangki dia. "

Mama berpaling kepada saya, mohon penjelasan lanjut. Saya yang sedang menyiapkan makan tengah hari sengih-sengih je. Nak hurai panjang-panjang, nanti naik muak pula. Betul dah tu apa yan suami saya cakap. " Erm, ye mama. Walaupun dia tulis 'safe' tetapi kalau dah di'heat', dia akan ada tindakbalas kimia juga.." saya menjawab sekadar melegakan perasaan beliau. Nak berlebih-lebih nanti silap pula.

"Kalau begitu, kita simpanlah set melamine, kita pakai barangan kaca." Mama membuat keputusan.

"Ye, melamine boleh dipakai, tapi tak boleh selalu. Tidak boleh ada calar-calar, tidak boleh berubah warna, atau tergores, nanti rantaian polimer dia boleh terkeluar dan masuk ke dalam makanan kita." Saya menambah. Saya memperlahankan suara, "Bukannya apa, kita nak elak kanser... banyak bahan kimia boleh sebabkan kanser."

"Oh," mama nampak berpuashati dengan jawapan ringkas itu. Tapi lain kali mesti ada persoalan lain yang diutarakannya.. saya meneruskan kerja menghidang sementara mama serta suami saya memilih-milih set pinggan mangkuk dan cawan kaca untuk kami bawa ke sini..

No comments: