Tuesday, December 02, 2008

Apabila Cinta Sudah Berbunga..




Alhamdulillah, saya baru selesai menyiapkan manuskrip untuk projek buku dot dot dot. Buku di bawah projek Siri Buat Duit gaya mudah, ringkas dan cepat ini telah selamat dihasilkan dalam tempoh satu bulan 2 hari. Bermula 01 November hingga hari ini, 02 Disember 2008. Syukur, Alhamdulillah. Harap-harapnya, buku ini memberi manfaat, di samping menghangatkan industri perbukuan negara. Saya bukannya orang yang pandai, cuma sekadar ingin berkongsi pengalaman.. mungkin di sana ada yang memerlukan.

Proses menulis buku bukannya mudah, tetapi tidak sesukar yang dijangka. Pada peringkat awal penulisan, saya bersama beban di kepala, rasa tidak mampu menyiapkannya. Tetapi, apabila sudah serasi, graf kepayahannya menurun sedikit demi sedikit hingga adakalanya terasa begitu laju dan menyeronokkan sekali.

Mujur juga saya pernah bertemu En Zamri Mohamad (penulis bebas dan jurulatih penulis) semasa saya menghadiri kursus PTS di Kuala Lumpur. Saya kata kat beliau, saya tidak boleh menulis yang panjang-panjang. Menulis artikel saya bolehlah..

Beliau senyum mendengar kata-kata saya. "Oh, awak boleh menulis artikel?" Saya angguk, "Hmmm..artikel je. Buku, saya tak boleh buat."

Dia tergelak mendengar jawapan saya. "Awak ingat, orang tulis buku tu dalam masa sehari macam awak tulis artikel ke?"

"Ha?" saya terlongo.. Ye tak ye juga! Bukannya tulis sebuah buku dalam masa sehari! Mangkuk tingkat betulla..

Hahaha.. saya dah dapat jawapan kepada permasalahan ini. Inilah gunanya berjumpa dengan penulis best seller. Tip-tip yang cikai pun sebenarnya sangat berguna.


(Ada orang tertanya-tanya apa maksud ayat di atas. Baiklah, saya ceritakan sedikit..Maksudnya, menulis buku ini perlu mengikut perancangan. Mengikut KJ method, iaitu method Jiro, Kawakita, yang digunapakai oleh penulis-penulis PTS non fiksyen, menulis adalah berdasarkan storyline dan cards.


Storyline bermaksud jalan cerita. Dari mana nak mula, hinggalah ke akhir. Penulis mesti tahu apa yang nak dia sampaikan secara kasar. Kemudian, beribut minda sekejap. Tuliskan tajuk-tajuk bab di dalam cebisan-cebisan kertas. Hmm, kalau zaman kat sekolah, ia dipangil kertas kotor. Ini gelaran cebisan kertas bagi orang Kelantan..dalam cebisan kertas tu ditulis macam-macam peringatan untuk diri sendiri. Yelah, zaman dulu mana ada handphone untuk buat reminder...

Okay, berbalik kepada ribut minda. Kita tulis tajuk demi tajuk. Setiap helai ada satu tajuk. Apabila dah mula menulis, kita boleh start di bab mana yang disukai. Nak
start bab satu dulu, atau bab akhir dulu..boleh saja.

Ikut kata En Zamri, tulis apa yang dekat di hati....

Kalau tersekat, boleh lompat ke mana-mana bab lain yang disukai. Inilah gaya menulis lompat-lompat. Kita tidak menulis bab 1, bab 2, bab 3, bab 4 hingga bab penutup. Tulis yang
mana suka je.. yang sukar-sukar yang memerlukan kajian yang lebih dalam, boleh postpone dulu dan dalam masa yang sama buat research.

Masa menulis, kena disiplinkan diri menyiapkan 1.3 muka surat setiap hari.
Biasanya sebuah buku mengambil masa selama 3 bulan untuk disiapkan. Jadi tidak usahlah pening-pening, 3 bulan itu lama kalau digunakan dengan berkualiti..Allahu a'lam)



Rasanya, inilah pengalaman pertama saya menyiapkan sebuah buku non fiksi. Saya menulis dengan tahajjud dan dhuha.. Kadang-kadang saya bangun pukul 4.30 pagi atau pukul 5.00 pagi untuk menulis. Di waktu ini, idea sangat laju mengalir dan tumpah ke hati lalu menyirami jemari hingga ke kekunci laptop. Saya menulis dari hati. Dengan ketenangan waktu dinihari dan keindahan langit indigo, fikiran saya bugar dan tenang.

Saya masih mengamalkan gaya studi zaman sekolah dulu-dulu, iaitu berjaga malam kerana saya selalu ingat, "Sesiapa yang menginginkan ketinggian, maka berjaga malamlah".. Entah siapa yang mendendangkan pujangga itu, saya kurang pasti. Tetapi hasil yang saya dapat begitu pasti.

Mesti berdisiplin. Belajar di waktu pagi mesti 4 jam atau lebih. Kalau semasa di universiti saya selalu study di bawah pokok tanjung 3rd college. 7.30 pagi turun makan. 8.00 mesti mula study sampai jam 12. Kalau tiada kelas, bolehlah saya meneruskan agenda..


Apabila suami ke tempat kerja, saya terus menulis di samping berlari-lari ke dapur, megemas dan membasuh baju. Saya tidak bekerja sekarang, jadi masa ini sepenuhnya untuk menulis. Tetapi, istilah tidak bekerja itu kurang tepat, yang betulnya saya tidak bekerja dengan orang. S
aya bekerja sendiri.

Dan apabila kepala terasa senak, biasanya jam 10 pagi, saya terus terse
dar. Rupanya saya belum bersolat dhuha.. Keindahan zikir dan doa dhuha membasahi hati ini, serasa damai sekali..



Kadang-kadang, tidak semua yang dirancang akan menjadi. Ada juga masa-masa saya nyaris tidak yakin pada diri. Di ketika ini, saya perlukan sokongan moral.

Alhamdulillah, suami saya macam motivator. Hari-hari dia akan pe
riksa "Setakat mana dah?" "Berapa bab lagi tak siap?" Saya yang tengah kebuntuan jadi bersemangat sekali.

Lalu di waktu sarapan itulah saya membuka cerita pasal buku. Bebel saya selalunya berjela-jela. Tapi dia selalu mendenga
r. Kemudian, dia akan bagi cadangan beserta petua-petua motivasinya, lalu cepat-cepat bingkas bangun kerana terlewat ke pejabat menemani omelan saya. hihihi..

Inilah keadaan rumah saya di Batu Rakit, 26 November 2008, saat-saat akhir yang mendebarkan. Bersepahnya! Inilah saja meja tulis saya, sebuah meja kecil tanpa kerusi. Almari buku ada kat bilik tidur. Dan lambakan akhbar-akhbar lama beserta keratan-keratan akhbar. Di depan itu, televisyen Pensonic, kekadang kalau dah rasa boring, saya buka juga TV. Tapi naik seriau juga bulu roma, asyik ada cerita hantu je sekarang ni..


Ini pula meja study saya di rumah mertua di Kelantan, 29 November 2008, 5:30 am. Terpaksa ikut suami balik kampung di saat-saat akhir kena hantar manuskrip. Jadi, terpaksalah saya jadi macam anak dara balik, memerap aja dalam bilik. Baik punya menantu!!

Inilah sebenarnya masa untuk saya menulis. Kadang-kadang di rumah sendiri, kadang-kadang di rumah mertua. Kadang-kadang di hotel 4,5 bintang..dan kadang-kadang tak menulis langsung.. tapi apapun yang berlaku, perlu istiqamah. Di atas tu, saya sangkutkan kenangan lama, kenangan semasa gila belajar khat. Ah.. rasa rindu pula pada tarian kaligrafi Arab ini...

4 comments:

NUHA said...

cepat2lah cinta itu mekar..hehe =)

Maizura Mohd Ederis said...

Salam. Semoga terus menulis di bawah label PTS. Selamat maju jaya ya!

Samhani said...

Nailofar..cinta itu umpama sebuah tenaga. Sebuah tenaga pernah wujud, boleh berubah kepada bentuk-bentuk lain namun tenaga itu tidak akan dapat dimusnahkan. Sebua tenaga tidak akan dapat dimusnahken, begitu juga cinta. Ia kekal bersemadi dan sentiasa mekar memberi haruman kepada pencintanya..

Samhani said...

Puan, insya Allah..tolong bimbing ya..:)