Thursday, May 07, 2009

Ragut dan bunuh; keadaan jadi tidak selamat untuk wanita.

Berita Harian muka depan hari ini memaparkan tajuk besar 'Dua Lagi Mangsa Ragut Maut'. Dalam masa 2 hari, 3 kes ragut menyebabkan kematian wanita, membuatkan ramai wanita termasuk saya meremang bulu roma. Lebih menyedihkan, kedua-dua mangsa yang mati sedang hamil, iaitu Saripah Mohd Noor dari Kg. Raja, Melor, Kelantan yang sedang hamil dua bulan dan Jamilah Selamat, mangsa ragut dari Air Hitam, Johor yang juga sedang hamil.

Usah cerita tentang polis dan keselamatan, sedang ketua polis sendiri meminta bantuan daripada rakyat untuk menjaga keselamatan negara. Rakyat harapkan polis, tapi polis pula yang meminta bantuan rakyat. Apa sudah jadi, apa mau jadi?

No comments: