Tuesday, August 04, 2009

Kuarantinkan diri anda

Hari ini saya membatalkan perancangan untuk ke USM Kubang Kerian. Bas saya dijadualkan bertolak 15 minit lagi. Saya tidak berganjak daripada keputusan ini. Batal.

Pagi tadi saya tumpang seorang kawan ke UDM, naik motor kerana tengah hari ini saya akan ke stesen bas seterusnya ke Kelantan. Beg laptop saya pikul, beg pakaian saya kendong. 30 minit di perjalanan rasa kejang jugak kepala lutut, pinggang dan betis...

Petang ini pihsk pengurusan UDM akan mengumumkan universiti akan ditutup ataupun tidak. Telah ada 40 orang lebih pelajar dikuarantin di asrama Gong Badak. Ada yang teruk sehingga muntah-muntah.. Dan di kampus Kota ini pun sudah ada pelajar dan staf yang demam.. termasuklah kawan yang saya tumpangi tadi..

Saya membatalkan perancangan ke Kelantan. Mengelak dan mencegah, atau dengan kata lain, mengkuarantinkan diri sendiri bagi saya itulah yang lebih baik.

Tanda-tanda demam H1N1 :

Demam sehingga suhu 38 darjah ke atas
Sakit tekak
Batuk (plus minus) (sesetengah orang dapat, sesetengah tidak)
Severe cases : muntah

Di hospital pun wad isolasi udah penuh..


Berjaga-jaga:

Minum air putih banyak-banyak. Elakkan minum air batu kerana virus ini sangat optimum pada suhu -4 degree.
Basuh tangan selalu
Berkumur selalu
Pakai mask / purdah
Kalau nak steril lagi elok, guna alkohol 70%


Timbul tanda tanya, benarkah virus ini adalah senjata biologi??

1 comment:

Anonymous said...

solat hajat tolak penyakit tu sudah dubuat oleh pihak UTM bersama dengan mahasiswanya..hehe