Friday, January 15, 2016

Kebangkitan saintis muslim

Bismillahirrahmanirraheem

Desawarsa ini banyak kita temui artikel-artikel dan juga buku yang membincangkan perkaitan antara konsep-konsep sains dengan Islam, tidak kiralah samada di negara barat atau Asia, dan kini trend tersebut telah menular ke negara kita.

Kalau kita teliti, sebenarnya perkara ini telah lama berlaku dan dipanggil sebagai 'gelombang hijau' yang mana terperciknya kesedaran pada manusia-manusia yang ramai. Yalah, Islam itu agama fitrah, sudah semestinya manusia tidak selesa memakai ideologi ataupun isme-isme lain. Namun, secara rincinya, kekeliruan masih buntu yang mana masih ramai yang kabur dan teragak-agak untuk menerima kebaikan Islam. Mungkin terlalu banyak palitan fitnah yang menempel sehingga lusuh lencun luaran yang menjauhkan Islam daripada mad'unya.

Dalam konteks sains, penulisan berkaitan Sains dan Islam telah lama dinukilkan, misalnya oleh Bucaille, dan banyak dipopularkan oleh Harun Yahya, lalu di Malaysia kita melihat figure yang ampuh seperti Dr Daniah Zainal Abidin dan sekarang yang tersohor di kaca televisyen iaitu karakter positif Prof Dr Muhaya, yang menggabung jalinkan spiritualiti Islam dan sains secara tidak langsung kerana beliau banyak memfokuskan kepada nilai psikologi dan pemikiran.

Di dalam konteks sains tulen pula, perkembangan pesat dapat dilihat terutama sekali selepas populariti penyelidikan solat daripada perspektif sains memuncak sekitar tahun 2012-2014. Manusia mula membuka mata kepada sains tulen berteraskan Islam. Walaupun para saintis ini sudah lama bermula, namun hanya selepas itu kelihatannya di'highlight'kan di media massa.

Tahun demi tahun, perkembangan kajian sains dan Islam kian ketara. Di dalam pelbagai bidang seperti teknologi, neurosains, fizik, kimia dan perubatan, terdapat artikel-artikel yang melaporkan hasil penyelidikan sebegini. Di sini saya kepilkan beberapa contoh artikel tersebut buat tatapan anda:

Ini kajian yang dilakukan di USM Kubang Kerian, Kelantan menggunakan EEG untuk mengesan osilasi gelombang otak yang diperdengarkan bacaan Al-Quran. Hasil memberansangkan, apa dia? Saya akan huraikan di nukilan seterusnya, insya Allah.













Kajian-kajian di atas berkisar tentang Al-Quran yang menjadi fokus penyelidikan saya. Walaubagaimanapun, masih banyak lagi kajian-kajian Islami dan sains serta ilmu-ilmu lain yang menjadi pokok perbincangan.

Misalnya Journal Mental Health, Religion & Culture, antara artikel yang banyak dipetik  penyelidik lain adalah :
1. Meditation and attention : A comparison of the effects of concentrative and mindfulness meditation on sustained attention.
2. Religion, spirituality, and posttraumatic growth: a systematic review.
3. Happiness, health and religiosity: Significant relations
4. Empirically based psychology of Islam: summary and critique of the literature
5. Growing up gay and religious. Conflict, dialogue, and religious identity strategy.
6. Religious coping in highly religious psychiatric inpatients
7. Islamic religiosity, subjective well-being, and health
8. Theoretical models of the nature of prayer and health: a review
9. Burnout and coping among parish-based clergy.
10. Locus of control as a mediator of the relationship satisfaction: Age, race, and gender differences
11. Forgiveness as a moderator of the association between anger expression and suicidal behaviour
12. God, where are you? Evaluating a spiritually-integrated intervention for sexual abuse

Malah, ScimagoJR membariskan sebanyak 58 buah jurnal berprestij berkaitan agama, sebahagiannya adalah sebagaimana berikut:
1. Journal for the Scientific Study of Religion (US)
2. Sociology of Religion (US)
3. Mental Health, Religion and Culture (UK)
4. Journal of Religion and HEalth (US)
5. Journal of Religion in Africa (Netherlands)
6. Journal of Contemporary Religion (UK)
7. Religion (UK)
8. Journal of the American Academy of Religion (UK)
9. History of Religion (US)
10. International Journal for the Psychology of Religion (UK)
11. Psychology of Religion and Spirituality (US)
12. Method and Theory in the Study of Religion (Netherlands)
13. Journal of Religion (US)
14. Journal of Religion and Spirituality in Social Work (UK)
15. Archive for The Psychology of Religion (Netherlands)
16. International Journal for Phylosophy of Religion (Netherlands)
17. Religion, State and Society (UK)
18. Material Religion (UK)
19. Religion (Switzerland)
20. Worldviews: Environment, Culture and Religion (Netherlands)
21. Archiv for Religionsgeschichte (Germany)
22. Journal for the Study of Religions and Ideologies (Romania)
23. Journal of Religion, Spirituality and Aging (UK)
24. Religion and American Culture (US)
25. Archives de Sciences Sociales des Religions (France)
26. Journal of Ancient Near Eastern Religions (France)
(rujukan : http://www.scimagojr.com/journalsearch.php?q=+religion&tip=jou)


Alhamdulillah.. segala kemuliaan kembali kepadaNya jua. DaripadaNya kita datang, kepadanya jiwa dan diri kita akan dikembalinya.

Era ini... era kebangkitan saintis muslim! Allahu akbar.


No comments: